HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 April 2018

Zambry: Kenalpasti Dalang Perhimpunan Sokong Ka Chuan

 Rafa Azmir

perhimpunan


Barisan Nasional (BN) Perak akan mendapatkan maklumat penuh termasuk mengenal pasti dalang di sebalik perhimpunan membantah pengguguran Datuk Seri Ong Ka Chuan sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengerusinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata adalah tidak adil untuk menghukum dan mengatakan bahawa Ong serta Timbalan Ketua Umno bahagian Tanjung Malim Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh sebagai dalang kejadian semata-mata kerana gambar mereka tertera di poster yang dibawa kumpulan itu.

“Kita belum dapat laporan sepenuhnya siapa di belakangnya (kejadian itu)… apapun kita akan dapatkan maklum balas terlebih dahulu tentang mereka yang di belakang peristiwa ini.

“Kita perlu mendapatkan maklumat lanjut sebelum kita menjatuhkan hukuman kerana kita tak tahu mungkin ada pihak-pihak tertentu (yang lakukan). Biasalah dalam musim pilihan raya permainan-permainan yang cuba dimainkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Rumah Amanjaya Batu 14 dan Batu 10 Lekir Daerah Manjung di Sitiawan semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai hampir 500 penduduk Tanjung Malim berhimpun di depan bangunan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pagi semalam.

Mengulas lanjut, Zambry berkata maklumat yang diperoleh itu akan diserahkan kepada pucuk pimpinan parti komponen untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata dalam konteks BN, pemilihan calon yang bertanding pada pilihan raya diputuskan melalui musyawarah yang melibatkan semua pihak.

Ditanya mengenai dakwaan terdapat Pusat Daerah Mengundi ditutup ekoran rasa kecewa kerana Ong tidak dicalonkan, Zambry berkata:” Tradisi BN kita tidak benarkan ia berlaku dan ia tidak akan berlaku.”

Ong yang merupakan Setiausaha Agung MCA digugurkan daripada mempertahankan kerusi Parlimen Tanjung Malim dan digantikan oleh Pengerusi MCA Perak Datuk Mah Hang Soon.
– Bernama


Tiada ulasan: