HALAMAN SANTAI

Khamis, 26 April 2018

PPBM dakwa pemimpin BN kecewa tak dipilih bantu PH Terengganu

 
Pengerusi PPBM Terengganu, Datuk Razali Idris berkata PH turut mendapat bantuan kewangan daripada pemimpin yang kecewa itu untuk menentang calon BN.


Razali Idris berucap di depan lebih 100 penyokong pada majlis pengumuman calon PH Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini.


KUALA TERENGGANU: PPBM mendakwa semakin ramai pemimpin Barisan Nasional (BN) Terengganu memberi sokongan dan bantuan dalam diam kepada Pakatan Harapan (PH) kerana kecewa tidak dicalonkan parti itu.

Pengerusi PPBM Terengganu, Datuk Razali Idris berkata PH turut mendapat bantuan kewangan untuk menentang calon BN.

“Sekarang ini lagi banyak apabila nama calon BN diumumkan, kami mendapat sokongan yang kuat daripada pemimpin BN yang tidak terpilih yang merasakan mereka lebih layak diangkat sebagai calon, sekarang ini menyokong kita.

“Sekarang musuh kita, Umno ialah sahabat kita. Untuk lawan BN, kita mesti bersahabat dengan musuh-musuh kita,” katanya selepas pengumuman calon PH di Kuala Terengganu, hari ini.

Selain Terengganu, kekecewaan di kalangan pemimpin BN kerana tidak dipilih sebagai calon turut berlaku di negeri lain sehingga ada yang meninggalkan parti itu.

Semalam, Tan Sri M Kayveas mengumumkan peletakan jawatan sebagai presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (myPPP), walaupun disangkal pemimpin parti itu yang mendakwa beliau sebenarnya dipecat.

Timbalan Setiausaha Agung myPPP, Datuk Simon Sabapathy dilaporkan berkata parti itu hanya menerima surat peletakan jawatan Kayveas semalam, selepas mereka memutuskan untuk memecatnya lebih awal susulan surat bertarikh 24 April lalu daripada Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi pula melepaskan jawatan ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), selepas namanya digugurkan daripada senarai calon BN di Johor.

Berikut senarai penuh calon PKR Terengganu:

Kerusi Perlimen

Hulu Terenganu: Datuk Razali Idris
Besut: Datuk Wan Nazari Wan Yusof
Setiu: Datuk Faudzi Musa

Kerusi DUN

Kuala Besut: Che Ku Hashim Che Ku Mat
Hulu Besut: Ismail Abdul Kadir
Tepuh: Wan Hafizie Suzlie Wan Hassan
Ladanf: Datuk Zulkifli Mohamad
Pengkalan Berangan: Aidi Ahmad
Ajil: Zamani Mamat
Bukit Besi: Mohamad Arif Arifin
Kijal: Datuk Wan Marzuki Wan Sembok
Batu Rakit: Amir Long
Langkap: Mustaffa Abdullah

Tiada ulasan: