Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam akan mewakili Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai ketua delegasi Malaysia ke
Sidang Kemuncak Asean ke-32 di Singapura yang akan menjadi pertemuan
pertama bagi pemimpin Asean di bawah kepengerusian Singapura tahun ini.
Menurut kenyataan Wisma Putra, Musa akan ke sidang itu selama 2 hari bermula hari ini diiringi isteri, Toh Puan Zulaikha Sheardin, Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Ramlan Ibrahim, para pegawai kanan Kementerian Luar, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
“Tema Singapura, ‘Resilient and Innovative’ (Daya Tahan dan Inovatif), akan menyediakan platform untuk pemimpin Asean menekankan perpaduan dan kebolehan Asean menghadapi cabaran baharu seperti keganasan dan ekstremisme melampau.
“Ia juga mencerminkan penekanan dan komitmen Singapura untuk menggalakkan program yang berunsur inovasi,” menurut kenyataan itu.
Sidang kemuncak itu yang berlangsung mulai semalam hingga Sabtu ini juga akan menyediakan platform kepada pemimpin Asean menilai kemajuan dan usaha berterusan selain memperkukuhkan komuniti Asean, berasaskan dokumen Asean 2025: “Bersama Maju Ke Hadapan”, yang merupakan panduan kepada ketiga-tiga tonggak Asean.
Pemimpin Asean akan terus mengambil peluang bertukar-tukar pandangan mengenai trajektori masa hadapan terhadap inisiatif yang dipimpin oleh Asean dan juga isu kontemporari yang memberikan kepentingan terhadap isu serantau dan komuniti antarabangsa.
“Sidang Kemuncak ini didahului dengan beberapa mesyuarat iaitu Mesyuarat Jawatankuasa Wakil Tetap Asean (CPR) pada 25 April, diikuti Mesyuarat Pegawai Kanan Asean (SOM) pada 26 April, Mesyuarat Menteri Luar Asean, Mesyuarat Majlis Penyelarasan Asean dan Mesyuarat Majlis Komuniti Politik-Keselamatan Asean pada 27 April,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan