KUCHING: Kerajaan negeri hari ini mengisytiharkan 17 dan 18 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan di seluruh Sarawak.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri di sini, hari
kelepasan am tambahan itu diisytiharkan di bawah Seksyen 5 Ordinan Hari
Kelepasan Am [Bab 8 (1958)].
Oleh itu, orang ramai dimaklumkan bahawa 10 dan 11 Mei adalah hari bekerja biasa.
Awal pagi ini, Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Ali Hamsa
memaklumkan bahawa 10 dan 11 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan bagi
seluruh negara sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan-kerajaan negeri hendaklah
mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada tarikh tersebut mengikut
Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan