HALAMAN SANTAI
Selasa, 1 Mei 2018
Calon Amanah DUN Meru Jawab Isu ‘Scammer’
Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Meru, Fakhrulrazi Mokhtar menjawab isu beliau merupakan seorang ‘scammer’ yang sedang tular di media sosial.
Fakkrulrazi yang juga Naib Ketua Pemuda Amanah Pusat menganggap dakwaan itu adalah satu perancangan pihak tertentu yang mahu mengalahkannya pada PRU 14.
“Saya tidak tahu dari mana sumber itu datang kerana ia tidak menyatakan identiti berkenaan kes berkenaan.
“Bagaimanapun saya berminat nak tunggu apa lagi yang mereka mahu dedahkan berkenaan saya, mungkin selepas ini gambar bogel saya pula?,” katanya ketika diminta mengulas berkenaan penyebaran dia terlibat dalam aktiviti scammer, ketika dihubungi Sinar Harian.
‘Scammer’ merujuk kepada seorang pelaku yang melakukan penipuan di internet dengan membina laman (website) yang menarik untuk menarik pengunjung mendaftar dan melabur wang dengan syarikat berkenaan.
Terdahulu, heboh di media sosial mengaitkan penglibatan Fakhrulrazi dalam aktiviti scammer dengan sebuah syarikat.
Konsepnya didakwa menyerupai ‘money game scam‘, durian runtuh untuk peserta atasan diperolehi dari duit penyertaan peserta bawahan.
Sasarannya mencari mangsa di kawasan East Asia seperti Vietnam, Singapore, Indonesia dan Malaysia.
Mengulas perkara itu lagi, tegasnya, Fakkrulrazi berkata beliau tidak mahu melayan perkara remeh temeh seperti itu yang hanya akan mengganggu perjalanan kempen berbaki sembilan hari lagi.
“Orang boleh bercakap apa sahaja berkenaan saya. Itu hak masing-masing.
“Terserah, saya tidak mahu menuduh mana-mana pihak sama ada pihak dalaman parti sendiri mahupun parti lawan kerana ia jelas tidak akan menggagalkan usaha saya untuk meraih kemenangan di Dun Meru kali ini,” katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan