MALAYSIA DATELINE
Calon Pas untuk Parlimen Ampang, Nurul Islam Mohamed Yusof didakwa
derhaka kepada perintah Sultan Selangor apabila menggunakan surau untuk
berkempen.
Nurul dilaporkan berkempen di Surau At-Tarbiyyah, Taman Bukit Indah,
Ampang pada Ahad 29 April lepas dengan bangun berucap sebaik sahaja
selesai solat Maghrib.
Beliau didakwa berucap sebelum kuliah Maghrib bermula di surau itu.
Ia bertentangan dengan Pekeliling Khas Mais bertarikh 24 April 2018
yang melarang mana-mana calon pilihan raya berkempen menggunakan masjid
dan surau.
Menurut pekeliling itu, semua calon yang mewakili mana-mana parti
politik DILARANG sama sekali untuk menyampaikan ceramah, tazkirah,
kuliah atau khutbah di mana-mana masjid atau surau di Selangor sekalipun
mempunyai tauliah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor
(Mais).
Melalui pekeliling itu juga, Mais meminta semua individu yang
terpilih sebagai calon meletakkan jawatan mereka sebagai pengerusi atau
ahli jawatankuasa mana-mana kariah masjid dan surau sebelum hari
penamaan calon.
Menurut sumber, arahan supaya masjid dan surau tidak digunakan untuk
tempat kempen pilihan raya ini dititahkan oleh Sultan Selangor sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan