HALAMAN SANTAI

Rabu, 23 Mei 2018

Harga minyak kekal walaupun harga dunia melonjak

Zikri Kamarulzaman

   
Harga minyak kekal walaupun harga pasaran dunia kini mencecah lebih AS$70 setong, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Harga pam tetap sama, kita tidak akan menaikkan harga," katanya pada sidang akhbar pertama kabinet di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya hari ini.

Susulan pemansuhan subsidi, harga minyak di bawah pentadbiran bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, adalah berdasarkan sistem apungan mingguan.

Walau bagaimanapun, menjelang pilihan raya umum ke-14, harga minyak tetap tidak berubah sejak 22 Mac.

Sementara itu, Mahathir berkata pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) boleh dilaksanakan pada bila-bila masa.

"Ini terpulang kepada Kementerian Kewangan, buat masa ini adalah 1 Jun.

"Mengenai tol dan sebagainya, kita akan buat mengikut manifesto Pakatan Harapan," katanya.

Tiada ulasan: