Astro Awani dan Sinar Harian, Astro Awani
Astro
AWANI masih menunggu pengesahan daripada Ketua Pengarah Jabatan
Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berhubung status itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua
Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri
Dzulkifli Ahmad dipercayai telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen?
Pemeriksaan Semakan Status Perjalan Imigresen (SSPI) pada jam 2.08 petang tadi dengan menggunakan nombor kad pengenalannya (681227-XX-XXXX) telah memaparkan keputusan tertera, "sila rujuk ke pejabat Imigresen terdekat”.
Pemeriksaan Semakan Status Perjalan Imigresen (SSPI) pada jam 2.08 petang tadi dengan menggunakan nombor kad pengenalannya (681227-XX-XXXX) telah memaparkan keputusan tertera, "sila rujuk ke pejabat Imigresen terdekat”.
Laporan menyatakan nombor kad pengenalan individu-individu terbabit juga sudah disemak dalam rekod Suruhanjaya Pilihan Raya bagi mengesahkan identitinya.
Selain Dzulkifli, antara nama yang dikatakan disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen adalah bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Bagaimanapun, Astro AWANI masih menunggu pengesahan daripada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berhubung status itu.
Semalam, Dzulkifli disahkan telah meletak jawatan selepas menghantar surat peletakan jawatan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan