MARANG: Jawatan yang tinggi dalam kerajaan negeri tidaklah menjadikan pemimpin PAS mudah lupa diri.
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang dilantik
sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu tidak berubah seperti
kehidupan harian sebelumnya.
Semalam, beliau dan isteri meninjau di pasar mingguan di Kampung Rusila yang menjadi tumpuan ribuan rakyat setiap minggu.
Rutinnya, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan
Guru Abdul Hadi Awang pula menyampaikan kuliah pagi Jumaat di masjid
berkenaan sejak lebih 30 tahun lalu.
Namun, apa yang menariknya Menteri Besar itu bersama isterinya turut berbelanja dapur membeli sayuran dan buah-buahan.
Orang ramai yang berada di pasar
tersebut turut teruja apabila melihat pemimpin nombor ‘wahid’ negeri
Terengganu itu tidak janggal turun sendiri ke pasar.
Malah, Harakah sempat merakamkan Dr
Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang
berbelanja di pasar itu.
Maka, kesederhanaan yang ditunjukkan
oleh Menteri Besar Terengganu itu wajar dicontohi oleh mana-mana
pemimpin dan rakyat sekalipun.
Selepas selesai kuliah itu, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi turut mengimamkan solat dua jenazah di Masjid Rusila, Marang. - HARAKAHDAILY
Dr Ahmad Samsuri mengambil wuduk di kolah Masjid Rusila.
Membeli serbuk kopi.
Memilih stokin
Menyantuni orang ramai yang berada di pekarangan Masjid Rusila.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan