THE MALAYSIAN TIMES
KUALA LUMPUR: Ketua Umum
PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menjelaskan permohonan
pengampunan dan pembebasannya kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan
Muhammad V, dilakukan kerana kes yang dibawa terhadapnya bercanggah
dengan prinsip keadilan.
“Kita tidak memohon keampunan kerana kesalahan disabitkan. Kita
tuntut kebebasan kerana fitnah dan salah guna kuasa serta apa yang
disebut sebagai perjalanan yang bercanggah dengan prinsip keadilan.
“Prinsip inilah juga yang diterima Sultan Muhammad V untuk pembebasan saya dan semua rekod kes sebelum ini pun telah dibersihkan,” katanya pada sidang media pertama selepas dibebaskan, di kediamannya di Bukit Segambut Dalam, di sini hari ini.
Beliau berkata Pengarah Penjara Sungai Buloh, Abdul Kadir Rais, telah memaklumkan bahawa beliau tidak perlu menandatangani sebarang surat kerana telah dibersihkan sama sekali daripada sabitan iaitu meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari pada 2008.
Pada sidang media itu, Anwar turut ditemani isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Timbalan Perdana Menteri, dan anak-anak mereka iaitu Nurul Izzah Anwar yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh dan Nurul Nuha.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan