KUALA LUMPUR: Polis pada Ahad mula mengawal laluan keluar masuk ke
kediaman peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di
Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa
berkata ia dilakukan bagi mengawal keselamatan kediaman terbabit.
"Anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul telah ditempatkan untuk
mengawal keselamatan," katanya dipetik agensi berita tempatan.
Tinjauan Bernama mendapati lima anggota polis ditempatkan di simpang masuk ke kediaman bekas perdana menteri itu.
Polis turut menempatkan balai polis bergerak selain membuat pemeriksaan
ke atas setiap individu mahupun kenderaan yang ingin masuk ke laluan
itu.
Difahamkan arahan kawalan keselamatan itu dikeluarkan mulai malam tadi.
Susulan itu, pengamal media yang berkumpul di kawasan kediaman itu juga
tidak dibenarkan memasuki laluan berkenaan berbanding semalam yang mana
wartawan dan jurugambar telah berkumpul di depan pintu pagar kediaman
tersebut bagi membuat liputan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan