Peguam kontroversi Datuk VK Lingam masih tidak dapat menjalankan amalan guaman selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonannya untuk mencabar keputusan Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam berhubung larangan itu.
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nurul Aini Yahya membacakan keputusan itu kepada wakil Majlis Peguam Fahri Azat dan peguam Lingam, R Thayalan.
"Selepas mendengar penghujahan dan melihat rekod rayuan, mahkamah berpuas hati untuk menolak kes ini.
"Keputusan Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam pada 11 November 2015 untuk melarangnya kekal," kata Nurul Aini yang membaca keputusan oleh Hakim Datuk Kamaludin Md Said.
Kamaludin mengarahkan Lingam membayar RM5,000 untuk kos.
Larangan dikenakan terhadap Lingam ekoran video kontroversi didakwa perbualannya dengan seorang hakim senior berhubung perlantikan dan kenaikan pangkat hakim-hakim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan