IPOH: Pakatan Harapan (PH) Perak mendapat mandat membentuk kerajaan
negeri selepas berjaya memperoleh majoriti mudah 31 kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN).
Mandat itu diperoleh setelah dua pemenang kerusi Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) memilih untuk menyertai PH.
Perkara itu disahkan Pengerusi PH Perak Ahmad Faizal Azumu.
“Tuanku Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berpuas hati dengan jumlah
majoriti mudah yang diperoleh,” katanya kepada pemberita selepas
menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta hari ini.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), PH menang 29 daripada 59 kerusi DUN Perak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan