Raja
Bomoh, Ibrahim Mat Zin ketika hadir di kawasan kediaman bekas Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta,
Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI,
KUALA LUMPUR – Selepas ‘menghilangkan diri’ sebagai calon bebas
Parlimen Bagan Datuk pada PRU-14 kini Raja Bomoh menampilkan dirinya
semula.
Penampilan Ibrahim Mat Zain itu dibuat di kawasan berhampiran
kediaman peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang
tadi.
Menaiki kereta bertulis ‘Raja Bomoh VVIP’ dan berhenti di
persimpangan masuk Jalan Langgak Duta di sini kehadirannya menarik
perhatian wakil-wakil media. Raja
Bomoh, Ibrahim Mat Zin ketika hadir di kawasan kediaman bekas Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan LanggakDuta, Taman Duta,
Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI
“Datang nak menziarah sahaja, tak masuklah. Kita nak tengok, jasa
bekas PM (Najib) pun baik. Jasa dia pun bagus, alhamdulilah,” ujarnya
ringkas.
Kehadiran Ibrahim selepas tidak berapa lama selepas Najib dan
rombongan sampai selepas disoal siasat selama tujuh jam di Ibupejabat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan