HALAMAN SANTAI

Rabu, 16 Mei 2018

Shamsul bebas dakwaan di himpunan Black 505

Hafiz Yatim 


    Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Md Akin dibebaskan daripada dakwaan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana dikatakan berkumpul secara haram di tempat larangan.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Zainal Abidin Kamaruddin berkata pihak pembelaan berjaya mewujudkan keraguan munasabah alam kes berkenaan.

"Maka tertuduh dibebaskan," katanya.

Shamsul sebelum ini didakwa berkumpul di Masjid Ar-Rahman di Kuala Lumpur ketika dalam perjalanan ke himpunan Black 505 pada 2013.

Bulan lalu pada 13 Aprl, Zainal Abidin turut membebaskan empat aktivis - Adam Adli Abdul Halim, Muhammad Safwan Anang, Ekhsan Bukharee dan Mohamad Bukhairy Mohamad Sofian - selain bekas pemimpin pemuda PKR Khairul Anuar Ahmad Zainuddin atas dakwaan sama.

Shamsul Iskandar diwakili peguam Haijan Omar

Tiada ulasan: