THE MALAYSIAN TIMES
PUTRAJAYA: Siaran media yang menyatakan bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan serta merta pada 1 Jun 2018 adalah tidak benar.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata pada masa ini kerajaan belum menetapkan tarikh pemansuhan GST.
“Sehubungan itu, semua peniaga yang berdaftar GST perlu mematuhi perundangan semasa dengan mengenakan GST seperti yang ditetapkan,” kata kementerian itu.
Satu kenyataan media ditularkan melalui media sosial dan aplikasi WhatsApp hari ini yang menyatakan GST dimansuhkan serta merta pada 1 Jun ini dan tiada cukai baharu akan dikenakan sepanjang dua tahun pertama pentadbiran Pakatan Harapan.
Kenyataan media palsu itu turut menyatakan ia adalah hadiah Hari Raya Aidilfitri daripada Kerajaan Persekutuan, selain menasihatkan semua perniagaan mengemas kini sistem tempat jualan dan perakaunan masing-masing dan tidak lagi mengenakan sebagai GST dari tarikh tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan