HALAMAN SANTAI

Khamis, 3 Mei 2018

SU politik Azmin jadi mangsa SMS palsu


 Shuhaimi


KEADILAN DAILY


Calon Pakatan Harapan Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis, Shuhaimi Shafiei menjadi mangsa godaman telefon apabila nombornya digunakan untuk menghantar SMS palsu.

Menurut Shuhaimi, SMS itu menawarkan wang kepada pengundi yang hadir ke program Harapan di Taman Seri Andalas semalam.

Kandungan SMS tersebut adalah seperti berikut:

“Ceramah umum PKR untuk DUN Sg Kandis oleh MB Selangor. Jam 9 malam di Pusat Rakan Muda Taman Seri Andalas.

“Makan minum dan elaun kehadiran disediakan RM100.”

Shafiei berkata SMS berkenaan meawarkan ‘elaun kehadiran’ yang berbeza buat sesetengah penerima – RM1000 dan USD$100.

“Saya dapat panggilan daripada pengundi. Ada yang tanya bagaimana mereka boleh mengutip wang itu, ada juga yang rasa Harapan tak akan buat hal seperti itu,” katanya.

Shuhaimi tidak pasti jumlah pengundi yang menerima SMS itu namun menjelaskan lebih 100 SMS masuk di telefonnya pagi ini dengan kandungan yang mengelirukan.

“Tapi yang menggalakkan, kebanyakan mereka kata mereka sudi hadir ceramah kami tanpa perlu ditawarkan duit,” katanya memetik laporan Malaysiakini.

Beliau akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi untuk menyiasat perkara itu.

Sungai Kandis yang sebelum ini dikenali sebagai Seri Andalas disandang oleh Xavier Jeyakumar pada PRU lalu dengan majoriti undi 15,633 mengalahkan calon BN dan tiga calon bebas lain.

Shuhaimi akan cuba mempertahankan kerusi itu pada PRU kali ini dalam pertembungan empat penjuru.

Tiada ulasan: