Tsunami Melayu yang diuar-uarkan oleh pembangkang dilihat lebih bertujuan untuk memusnahkan institusi Melayu yang telah bertapak berkurun lamanya di negara ini.
Jelas Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad pembangkang telah merancang tsunami tersebut sejak PRU13 lagi dan sememangnya ia disasarkan ketika pilihan raya umum (PRU) sebagai usaha strategi jangka panjang dalam memusnahkan Melayu.
Beliau yang juga Pengerusi FELDA berkata, tsunami politik yang dirancang pembangkang sebenarnya bermula selepas PRU13 dengan serangan kepada badan institusi-institusi Melayu, badan-badan yang penting kepada orang Melayu seperti Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan FELDA.
“Dia (pembangkang) serang LTAT, satu institusi yang dekat dengan hati orang Melayu kerana ramai bangsa ini berkhidmat dengan angkatan tentera, (lepas tu) serang pula FELDA, buat tuduhan macam-macam, kata FELDA bankrap dan sebagainya.
“Mereka (pembangkang) serang badan-badan yang ada kepentingan Melayu, maknanya yang dipanggil tsunami ini bukanlah hanya pada PRU sahaja tetapi bermula secara terancang untuk menyerang dan memusnahkan keyakinan orang Melayu kepada pemerintah sedia ada dengan langkah pertama, menyerang badan atau institusi Melayu,” katanya yang dipetik sebuah portal berita.
Shahrir, yang juga Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru itu berkata demikian ketika mengulas mengenai strategi pembangkang yang pada mulanya dikhabarkan mahu meletak pemimpin besar menentang beliau bagi merampas kerusi Parlimen Johor Bahru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan