KOTA BHARU:
Golongan muda yang pertama kali mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14
pada 9 Mei lepas didakwa menerima bayaran sehingga RM400 daripada
pemimpin Barisan Nasional (BN) Tanah Merah.
Bayaran itu didakwa dibuat dua kali
iaitu kali pertama RM100 dan kedua sebanyak RM300 dengan syarat pengundi
terbabit menunjukkan gambar menggunakan telefon sebagai bukti.
Calon PAS Dun Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan
Mustafa berkata, kemenangan yang dicapai Umno dan BN di Tanah Merah
dianggap tidak profesional kerana penuh dengan rasuah, sogokan serta
baiah untuk mengundi BN. (Foto atas: Wan Yusoff menunjukkan jam tangan dan power bank mempunyai nama calon BN Parlimen Tanah Merah.)
Katanya, gejala sogokan dan rasuah begitu ketara berlaku pada PRU lalu di kerusi Parlimen Tanah Merah dan Dun Gual Ipoh.
“Bahkan jentera Barisan Nasional dan
Umno agresif melakukan perbuatan itu pada hari pengundian bagi
memenangkan Dato' Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz sebagai calon kerusi
Parlimen Tanah Merah dan Mohd Bakri Mustapha di Dun Gual Ipoh,” katanya
di sini.
Semalam beliau membuat laporan kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan
berkenaan yang didalangi pemimpin Umno Tanah Merah. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan