HALAMAN SANTAI

Rabu, 16 Mei 2018

Zahid nafi rakaman tular marah Pemuda UMNO

Muhamad Izwan Mohd Zubit

Calon Barisan Nasional P.075 Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kelihatan melambai semasa menghantar borang penamaan calon sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Pusat Penamaan Calon P.075 Bagan Datuk, Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk, Bagan Datuk, Perak. foto FAREEZ FADZIL
 

KUALA LUMPUR – Rakaman audio yang tular kononnya Pemuda UMNO dimarahi dengan kritikan keras dinafikan Pemangku Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid dalam komen di akaun Twitter menafikan rakaman tersebut datang daripada beliau dan menyifatkan ia satu tindakan untuk memecahbelahkan UMNO yang sedang berdepan ujian.

“Saya ingin menafikan rakaman suara yg bermain di media sosial bahawa saya memarahi Pemuda UMNO Msia (Malaysia), itu bukan saya.

“Kepada ahli-ahli UMNO terus rapatkan saf walaupun kita diuji dari pelbagai sudut. InshaAllah ujian ini mahu memperlihatkan daya tahan & kekuatan perjuangan kita. #UMNO72,” kata beliau dalam akaun Twitternya.

Terdahulu, beberapa Ketua Pemuda UMNO mendesak Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan kerana Barisan Nasional kalah buat kali pertama dalam pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

Susulan gesaan tersebut, Najib mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden UMNO dan menyerahkan kepada Ahmad Zahid sebagai pemangku sehingga pemilihan parti diadakan kemudiaan. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: