MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK
HALAMAN SANTAI
Ahad, 2 Disember 2018
Bayaran RM1,500 peserta Tawas dijamin mencukupi
Nizam ZainMenteri
Besar Selangor, Amirudin Shari bercakap kepada media selepas Majlis
Perasmian Program Bantuan Masuk Sekolah Tabung Warisan Anak Selangor
(TAWAS) di Sekolah Kebangsaan (2) Taman Selayang, Batu Caves, Selangor.
foto AFIQ RAZALI
BATU CAVES – Kerajaan Negeri Selangor memberi jaminan bayaran RM1,500
kepada peserta-peserta Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) yang akan
mula disalurkan menjelang 2026 mencukupi.
Menteri Besar Amirudin Shari berkata, pihaknya sudah bersedia untuk
membuat pembayaran kali pertama sejak skim itu mula diperkenalkan
Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dan kini Pakatan Harapan (PH) pada 2008.
“Mulai 2026 kita akan mula berbelanja dengan sejumlah wang untuk
membayar RM1,500 kepada peserta-peserta ini dan saya percaya kita sudah
ada tabungan untuk pembayaran itu
“Cuma sistem kita adalah bagaimana kita memastikan pelaburan yang
kita akan buat selepas ini tidak membebankan kerajaan negeri dan tidak
perlu menabung begitu banyak,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan
Program Bantuan Masuk Sekolah TAWAS di Sekolah Kebangsaan (2) Taman
Selayang, di sini, hari ini. Menteri
Besar Selangor, Amirudin Shari bersama kanak-kanak yang mendapat
bantuan pada Majlis Perasmian Program Bantuan Masuk Sekolah Tabung
Warisan Anak Selangor (TAWAS) di Sekolah Kebangsaan (2) Taman Selayang,
Batu Caves, Selangor. foto AFIQ RAZALI
Amirudin juga berkata, sejak skim itu diperkenalkan, seramai 333,000
anak Selangor telah didaftarkan pihaknya dan beliau tidak menolak
tabungan itu bakal dijadikan sebagai insentif Hadiah Masuk Kerajaan
Negeri.
“Saya akan pastikan kita gantikan RM1,500 kepada hadiah masuk
universiti dan insentif lain seperti hadiah masuk TVET atau program
dalam kerajaan negeri.
“Kita bekerjasama dengan Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk lihat
pelaburan untuk 333,000 peserta ini dan bagaimana ia dilaburkan ke arah
pelaburan yang lebih berdaya saing dan mampu mendatangkan hasil kepada
kerajaan negeri,” katanya.
Beliau berkata lagi, cadangan Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak
Selangor (YAWAS) agar pendidikan tinggi peserta TAWAS perlu diberi
perhatian akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri minggu depan.
“Gan Pei Nei ada mencadangkan beberapa perkara dan insya-Allah kita
akan mesyuarat Isnin atau Selasa ini untuk lihat bagaimana supaya sistem
TAWAS ini benar-benar dapat membantu anak-anak pada masa depan.
“Bukan hanya 18 tahun, bukan kita melihat SPM mereka bahkan kita akan
lihat Tingkatan 1 mereka, mungkin kita akan gabungkan dengan Tuisyen
Rakyat.
“Dengan data ini Kerajaan Negeri sudah boleh mula merancang 10 hingga
20 tahun kedepan berapa banyak pelaburan kita buat khusus untuk peserta
TAWAS,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan