Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan menyiasat Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pengangkutan kerana didapati isu-isu punitif.
Ketua Audit Negara, Madinah Mohamad menjelaskan ini tidak bermakna, hukuman akan terus dijalankan kerana isu-isu itu perlu menjalani siasatan lanjut.
"Bila saya kata punitif, itu bukan bermaksud kesalahan itu telah dibuktikan tapi perlu ada siasatan lanjut oleh pihak-pihak berkaitan.
"Jika ia melibatkan kecuaian penjawat awam maka siasatan akan dijalankan oleh jabatan perkhidmatan awam. Kalau melibatkan pihak ketiga seperti kontroktar, konsultan ia juga akan disiasat oleh CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia)dan pihak-pihak berkuasa," katanya pada sidang media hari ini.
Bagaimanapun, PAC tidak menjelaskan secara terperinci berhubung kes-kes yang dimaksudkan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan