THE MALAYSIAN TIMES
KUALA LUMPUR: Menteri Perpaduan, P Waytha Moorthy dan Exco Kerajaan Negeri Selangor V. Ganabatirau perlu bertanggungjawab di atas kenyataan mereka.
Naib Presiden MIC, Datuk C. Sivarraajh berkata beliau berharap Waytha dan Ganabatirau akan mengambil tanggungjawab terhadap kenyataan mereka berkenaan perkara ini.
“Jelas sekali kenyataan mereka berdua ini telah menimbulkan prasangka buruk dalam kalangan masyarakat.
“Sebagai pemimpin, mereka berdua harus faham tanggung jawab mereka ialah untuk meredahkan situasi dan bukannya mengapi – apikan keadaan dengan kenyataan bukan – bukan.
“Mereka berdua harus bertanggung jawab diatas kenyataan mereka.
“Saya berharap kita semua dapat bersama – sama menuntut keadilan bagi Allahyarham Muhammad Adib,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sivarraajh berkata berita pemergian Muhammad Adib pada malam semalam adalah sesuatu yang amat mengejutkan kepada saya dan semua rakyat Malaysia.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga, khususnya kepada Ibu dan Ayah Allahyarham Adib serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
”Saya percaya seluruh rakyat Malaysia turut bersedih dan berduka cita di atas kehilangan ini. Semoga kita semua dapat terus kuat menghadapi dugaan ini.
“Di samping itu, saya juga ingin menyatakan rayuan saya kepada semua rakyat Malaysia untuk kekal tenang dalam menghadapi kejadian yang tidak diingini seperti ini.
“Saya turut ingin merayu kepada Kerajaan khususnya kepada Kementerian Dalam Negeri agar mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam mencetuskan rusuhan sehingga menyebabkan kehilangan nyawa. “We must act withour fear or favour”.
“Barangkali kejadian ini tidak akan berlaku jikalau pihak pemaju bertindak secara berhemah dalam melaksanakan keputusan Mahkamah sebelum ini. Mereka tidak perlu mengupah sekumpulan gangster untuk mencetusakan rusuhan pada malam tesebut. Pada hemat saya, pihak pemaju perlu juga dipertanggungjawabkan di atas kejadian ini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan