HALAMAN SANTAI

Jumaat, 21 Disember 2018

Maaf Waytha mungkin boleh redakan keresahan, kata Rina

 
   

Permohonan maaf mungkin dapat meredakan keresahan rakyat berhubung desakan orang ramai supaya P Waythamoorthy berundur sebagai menteri perpaduan, kata seorang rakan sejawatnya.

Walau apapun, menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Harun, segala keputusan terhadap perrata itu sewajarnya diserahkan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

"Dia kena melihat dan mengambil iktibar pandangan rakyat. Mungkin sesuatu boleh dilakukan. Saya tak pasti kalau dia boleh mohon maaf ke atas apa yang telah terjadi.

"Mungkin boleh mengurangkan keresahan rakyat di bawah. Tapi yang lain itu sebagai menteri, saya serahkan kepada perdana menteri," katanya pada sidang media di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya hari ini.

Rina berkata demikian ketika ditanya sama ada desakan peletakan jawatan tersebut merupakan jalan terbaik.

Tuntutan itu dibuat setelah Waythamoorthy didakwa gagal meredakan ketegangan kaum dalam isu kuil di Subang Jaya, menyalahkan polis dan tidak meminta maaf berhubung video lama yang mendakwa kaum India didiskriminasi.

"Dalam kes ini kalau kita baca ada banyak pandangan dan juga yang diberikan oleh rakyat dan netizen tentang kes ini kerana dilihat tidak meredakan keadaan ketika itu.

"Jadi mengenai isu Waythamoorthy ni saya serahkan kepada perdana menteri," katanya.

Selain orang ramai yang menuntut peletakan jawatan itu, sebelum ini Malaysiakini memetik sumber melaporkan, Pemuda Bersatu menyerahkan memorandum kepada Mahathir bagi menggesa pengguguran Waythamoorthy.


Tiada ulasan: