TIDAK memadai YAB
Menteri Besar Selangor Amirudin Shaari hanya mengeluarkan kenyataan
rasmi bagi pihak kerajaan menyatakan dukacita terhadap kematian anggota
Jabatan Bomba dan Penyelamat iaitu Muhammad Adib Mohd Kassim dalam
rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya Selangor. Seakan
hanya melepaskan batuk di tangga. Sedangkan semua yang berlaku adalah
entiti yang ada dalam Negeri Selangor dan kerajaan negeri mesti
bertanggungjawab.
Peristiwa hitam itu yang meragut nyawa
"Wira Negara" berlaku membabitkan pihak-pihak yang mempunyai kaitan
secara langsung atau tidak dengan Kerajaan Selangor. Hakikatnya apa yang
berlaku kronologinya pihak terbabit berada dalam negeri Selangor.
i) Kuil Sri Maha Mariammman
Kuil yang terletak di USJ 5 Subang Jaya
Selangor menjadi lokasi tercetusnya rusuhan tersebut. Proses urusan
pemilikan tanah dan pemindahan kuil tersebut sudah pasti dalam makluman
kerajaan negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan.
ii) Pihak Pemaju iaitu One City Development Sdn Bhd
Pihak pemaju yang memiliki tanah serta
berurusan untuk membangunkan tanah di lokasi kuil tersebut sudah tentu
telah menjalani proses permohonan dan perbahasan yang panjang di
peringkat tertentu dalam kerajaan negeri kerana proses pemindahan ini
sesuatu yang sensitif pada pihak kuil dan penganutnya.
iii) Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya
Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat
Subang Jaya sudah tentu merupakan salah satu daripada Jabatan Bomba dari
seluruh daerah di Negeri Selangor. Di bawah seliaan Jabatan Bomba dan
Penyelamat Negeri Selangor. Pihak balai dan anggota senantiasa bertindak
untuk melaksanakan tugas selepas mendapat laporan bagi memastikan apa
sahaja bentuk operasi dari seluruh daerah Selangor berbentuk menyelamat
akan diurus selia oleh mereka.
iv) YB V. Ganabatirau Exco Selangor
YB Ganabatirau merupakan individu yang
wajib bertanggungjawab. Adun Kota Kemuning itu dilihat sebagai pencetus
suasana tidak harmoni menerusi laman sosial Facebooknya yang memuat naik
kenyataan kononnya terdapat sekumpulan "orang Islam" yang terlibat
dalam insiden serangan kuil tersebut.
Justeru, tidak boleh dinafikan fakta ini
menjurus ke arah penglibatan secara langsung atau tidak dengan kerajaan
negeri. Semua pihak menuntut jawapan yang tuntas dari pihak kerajaan
negeri. Tindakan yang serius perlu diambil dalam mencari keadilan buat
Adib. Rakyat menuntut keadilan dilaksanakan segera.
Dewan Pemuda PAS Selangor akan mobilasi
rakyat yang menuntut keadilan buat Allahyarham Adib bagi menyerahkan
satu memorandum kepada YAB Menteri Besar Selangor menuntut agar kerajaan
negeri mengambil tindakan yang serius dan tegas dalam menyelesaikan isu
ini.
#justiceforadib
* SYARHAN HUMAIZI HALIM, Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor
HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan