HALAMAN SANTAI

Sabtu, 1 Disember 2018

Tun M naik LRT, enggan naik buggy

Mohammad Arif Nizam
Mahathir
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diiringi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke hadir pada Majlis Pelancaran Pas Perjalanan Tanpa Had My100 dan My50 di KL Sentral, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK
 

KUALA LUMPUR – Usia 93 tahun bukan penghalang buat Tun Dr Mohamad Mohamad menaiki perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) ke Majlis Pelancaran Pas Tanpa Had My100 dan My50 pada hari ini.

Barmula dari Stesen Universiti, Perdana Menteri tiba di Stesen KL Sentral dengan disediakan kenderaan buggy.

Namun Ahli Parlimen Langkawi enggan menaikinya sebaliknya lebih selesa berjalan ke lokasi majlis pelancaran.

“Kerajaan akan sedaya memudahkan perjalanan orang ramai untuk keluar rumah dan pergi ke mana-mana menggunakan sistem pengangkutan awam.

“Ada sistem yang tidak sampai terus ke tempat yang dituju namun sambungannya masih berbumbung untuk keselesaan penggunaan.

“Jadi pengenalan pas perjalanan tanpa had ini diharap dapat mengurangkan kos hidup rakyat yang boleh berjimat sebanyak RM1,200 setahun,” katanya ketika berucap.

Sementara itu, pas perjalanan tanpa had 30 hari RM100 dan RM50 bagi perkhidmatan rel dan bas Rapid KL diumumkan dalam Bajet 2019 baru-baru ini.

Langganan hanya boleh dibuat menerusi kad MyKad, MyTentera dan MyKid.

Penggunaan menerusi fungsi Touch ‘n Go bagi memastikan inisiatif itu dinikmati hanya oleh rakyat tempatan.

Pas perjalanan boleh mula dilanggan pada hari ini dan digunakan bermula 1 Januari 2019.

Langganan pas ini boleh dibuat di semua kaunter di stesen Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT) dan empat hab bas iaitu Hab Bandar Shah Alam, Greenwood (Gombak), Sri Nilam (Ampang) dan Terminal Kajang.

Penggunaan pas perjalanan My100 membabitkan enam mod pengangkutan iaitu MRT, LRT, monorel, bas Rapid KL, Bas Rapid Transit (BRT) dan bas pengantara MRT.

Pas My50 pula penumpang boleh menaiki semua bas RapidKL dan bas pengantara MRT (tidak termasuk BRT) tanpa had sepanjang 30 hari. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: