HALAMAN SANTAI

Rabu, 13 Februari 2019

Ayam mentah tidak perlu dicuci sebelum dimasak

FMT Reporters


(Gambar Bernama)

Mencuci ayam mentah dengan air sebelum digunakan untuk memasak atau sekadar disimpan di dalam peti ais menjadi rutin yang lazim.

Satu kajian oleh Food and Drug Administration (FDA) Amerika Syarikat mendedahkan kira-kira 67% penduduk negara itu mencuci ayam sebelum memasak.

Namun, penyelidik pemakanan sihat dan keselamatan dari Universiti Drexel, Dr. Jennifer Quinlan pula menyarankan sebaliknya, beliau menyatakan amalan tersebut boleh meningkatkan jumlah pertumbuhan bakteria dan memberi risiko kepada kesihatan.

Tambah Jennifer, bukan semua bahan mentah seperti ayam dan daging yang dibeli perlu dibersihkan, kerana meletakkan ayam di bawah aliran air akan mencemarkannya dengan bakteria yang terdapat dalam ayam mentah.

“Bakteria yang tidak kelihatan pada mata kasar akan merebak ke meja, sinki, pinggan dan tempat air itu terpercik.

“Antara bakteria yang terdapat pada ayam adalah ‘salmonella’ yang menjadi punca cirit birit,demam dan sakit perut terutama pada kanak-kanak,” jelas Jennifer seperti yang dipetik di Readers Digest.

Bakteria yang ada pada ayam pula akan mati apabila dimasak atau dipanaskan pada suhu 165 darjah.

Oleh itu beliau menyarankan agar menyimpan ayam ke dalam bekas selepas dipotong dan terus di simpan ke dalam peti sejuk beku.

Jennifer mencadangkan supaya mencuba amalan tidak mencuci ayam mentah agar anda dapat melihat perbezaanya.

Sekiranya tidak selesa dengan kehadiran lendir pada ayam, lapkan sahaja dengan kertas tisu.

Jika anda masih tidak boleh mengubah tabiat membersihkan ayam, ikuti langkah membasmi kuman dengan betul pada permukaan ayam bagi mencegah masalah pencemaran.

Basuh tangan dengan bersih selepas menyentuh daging mentah atau makanan yang telah bersentuhan dengannya.

Tiada ulasan: