HALAMAN SANTAI

Sabtu, 2 Februari 2019

Op Black Flora gempur warga asing di Flora Damansara

Astro Awani
Op Black Flora gempur warga asing di Flora Damansara
Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Damansara untuk tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen 1958.
 
 
DAMANSARA: Terasing di kawasan perumahan sendiri. Itu merupakan perasaan penduduk di Pangsapuri Flora Damansara apabila kawasan kediaman mereka kini merupakan sarang pendatang asing.

Walaupun pelbagai serbuan dan operasi dilakukan pihak berkuasa tetapi kehadiran warga asing ini dilihat kian bercambah umpama cendawan tumbuh selepas hujan.

Namun dalam Operasi Bersepadu Cegah Jenayah Polis Petaling Jaya di pangsapuri tersebut berjaya menahan 44 pendatang asing tanpa izin.Operasi yang disertai Jabatan Imigresen Malaysia Selangor dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu telah memeriksa sekurang-kurangnya 61 warga asing.

Operasi juga dilakukan di rumah ke rumah untuk mengesan warga asing ini.
 
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, bertindak atas aduan diterima, pihaknya melakukan pemeriksaan di keseluruhan blok pangsapuri berkenaan.

Dengan kekuatan 14 pegawai serta 114 anggota penguat kuasa, 44 warga asing termasuk 10 wanita warga Indonesia, Nigeria, Bangladesh, India, Pakistan, Yaman, Nepal dan Iran ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan diri sah selain tinggal lebih masa.

"Kesemua yang ditahan akan disiasat mengikut Akta Imigresen dan Kastam. Operasi yang dijalankan juga susulan aduan penduduk di kawasan itu yang risau akan keselamatan mereka apabila melihat kehadiran ramai pendatang asing," katanya.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Damansara untuk tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen 1958. 
 
 

Tiada ulasan: