Pendidikan menerusi rakaman guru terpilih satu langkah bagus
tetapi jangan abaikan pendidikan tradisional seperti penggunaan buku
dan papan hitam untuk mengajar murid di sekolah.
“Kaedah tradisional (penggunaan buku dan papan hitam) harus tetap berjalan dan ini (rakaman guru) cuma tambahan kepada aspek pemahaman buat pelajar serta para guru,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Tambahnya, Aminuddin turut berkata sesi rakaman tersebut boleh dijadikan sebagai penanda aras oleh cikgu di sekolah bagi mengajar murid-murid.
“Kita beri guru sekolah faham rakaman tersebut dan ajar murid-murid,” katanya.
Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan melihat kemungkinan menggunakan kaedah pembelajaran secara rakaman oleh guru yang terpilih untuk dikongsi dengan sekolah lain.

“Kita akan mencuba bagi memudahkan pengajaran kerana guru tidak sama, jadi apa yang kita hendak lakukan ialah menggunakan guru yang bagus, rekodkan cara pengajaran mereka.
“...(dan) gunakan mata pelajaran yang direkodkan itu untuk sekolah lain di mana guru akan membimbing pelajar (mengenai mata pelajaran itu),” kata Mahathir ketika melawat Sekolah Rendah Ritsumeikan di Kyoto, Jepun
Beliau menambah cara itu bukan sahaja akan membantu mendidik pelajar malah memperbaiki pengetahuan guru yang membimbing itu.
Aminuddin yang berkecimpung dalam dunia pendidikan selama 30 tahun turut menjelaskan kaedah seperti ini bakal meningkatkan lagi cara pengajaran murid ke tahap yang lebih cekap.
“Ya..ya sebab dia (murid) boleh belajar mungkin dengan lebih efisien kerana kaedah yang digunakan mungkin lebih menyenangkan.
“Jadi dari sini mungkin guru sekolah boleh ambil kaedah baru tarik minat murid-murid untuk belajar,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan