Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya menggesa ahli politik supaya menghenti menggunakan suruhanjaya itu sebagai sebagai alat politik untuk menjatuhkan pemimpin lain.
Beliau berkata laporan yang bermotifkan politik menjadikan SPRM sukar bagi mengekalkan profesionalisme dan integritinya.
"Kami berusaha untuk menjadi profesional, dan kami tidak mahu SPRM digunakan sebagai alat.
Kami akan menyiasat apabila menerima aduan, tetapi mesti ada asas untuk segala dakwaan ini.
“Terdapat banyak kes di mana orang datang dan membuat laporan, dan kemudian, mendedahkan laporan mereka kepada media. Sesetengah ahli politik berasa kita tidak melayan kes mereka,” kata Latheefa yang dipetik oleh The Malaysian Insight.
Kenyataannya
hari ini merujuk kepada gesaan pemimpin pembangkang Sabah agar SPRM
membuka semula siasatan terhadap kes penjualan tanah berjumlah RM155
juta kepada Risda.
SPRM ketika itu juga sedang mengesan peguam Michael Persius Ubu untuk kes berkenaan.
Walau bagaimanapun, hingga hari ini Ubu masih belum dapat dikesan dan ini menyaksikan desakan semakin lantang meminta SPRM untuk menjejakinya.
Latheefa berkata SPRM akan menyiasat mana-mana kes yang mempunyai asas.
“Tiada yang dihentikan hanya kerana seseorang kini berkuasa," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan