MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK
HALAMAN SANTAI
Isnin, 9 September 2019
Jakim minta masjid di seluruh negara anjur salat Istiqa mohon hujan, kurangkan jerebu
BernamaJakim
juga menggesa Jabatan Agama Islam negeri meminta emua masjid di bawah
pentadbiran masing-masing melaksanakan salat sunat Istisqa bagi memohon
hujan dan mengurangkan jerebu yang melanda beberapa kawasan di Malaysia
kini. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Semua masjid di seluruh negara disaran melaksanakan
salat sunat Istisqa bagi memohon hujan dan mengurangkan masalah jerebu
yang melanda beberapa kawasan di Malaysia sekarang.
Untuk tujuan itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim) Mohamad Nordin Ibrahim berkata, pihaknya memohon kerjasama
pentadbir agama Islam negeri.
“Jakim memohon jasa baik dan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri di
seluruh Malaysia supaya meminta semua masjid di bawah pentadbiran
masing-masing mengadakan salat sunat Istisqa bagi tujuan tersebut,”
katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Nordin berkata, 3 masjid utama di bawah Jakim iaitu
Masjid Negara di sini serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal
Abidin di Putrajaya akan melakukan salat sunat itu selepas salat Isyak
malam ini.
Beliau menjemput orang ramai untuk hadir menjayakannya.
Menurut Mohamad Nordin, syor mengadakan salat sunat itu dibuat oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan