MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK
HALAMAN SANTAI
Ahad, 15 September 2019
Jerebu: Tangkak, Melaka catat IPU terburuk
MALAYAIAKINI
Tangkak, Johor dan Bandaraya Melaka mencatatkan bacaan indeks
pencemaran udara (IPU) paling buruk setakat pukul 12 tengah hari tadi.
Menurut
Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam
Sekitar, Tangkak mencatatkan IPU 254 manakala Bandaraya Melaka 222 -
kedua-duanya daam kategori sangat tidak sihat.
IPU 0-50 bermaksud
kualiti udara yang baik, 51-100 adalah sederhana, 101 hingga 200 tidak
sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala 300 dan ke atas
memberi amaran berbahaya untuk kesihatan.
Masalah jerebu
menyebabkan semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) termasuk kolej
matrikulasi serta 129 sekolah di Tangkak, selain 89 sekolah di Muar,
dilaporkan akan ditutup sementara esok.
Menurut laporan Bernama hari ini, Menteri Besar Johor Dr
Sahruddin Jamal mengingatkan penduduk negeri itu untuk sentiasa
memeriksa bacaan IPU di kawasan masing-masing.
“Jangan
lakukan aktiviti luar dan pastikan selalu pakai penutup mulut, semua
masyarakat juga kena peka terhadap IPU di kwasan masing-masing,"
katanya.
Menurut
APIMS lagi, bacaan IPU di 10 kawasan di sekitar Semenanjung , iaitu
Port Dickson, Alor Gajah, Bukit Rambai, Segamat, Batu Pahat, Kluang,
Larkin, Pasir Gudang, Rompin dan Indera Mahkota Kuantan juga berada pada
tahap tidak sihat.
Keadaan sama turut berlaku di 10 kawasan di
sekitar Sarawak, iaitu ILP Miri, Miri, Samalaju, Bintulu, Mukah, Sibu,
Sarikei, Sri Aman, Samarahan dan SK Kuala Baram 2 (MCAQM), selain dua
lokasi di Sabah merangkumi Tawau serta Sandakan.
Terdapat 68 stesen pemantauan di seluruh negara.
Menurut
Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC), setakat semalam terdapat 411
kawasan panas di Kalimantan dan 301 di Sumatra, dan masing-masing satu
di Sabah dan Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan