HALAMAN SANTAI

Isnin, 9 September 2019

JPN lapor polis selepas didakwa beri MyKad kepada pendatang China

Ketua Pengarah JPN Ruslin Jusoh (tengah) menunjukkan salinan 
laporan polis selepas membuatnya di Ibu Pejabat Polis Putrajaya, 
hari ini.
 
PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini membuat laporan polis terhadap beberapa pemilik akaun media sosial yang menyebarkan maklumat palsu berhubung pemberian kad pengenalan atau MyKad kepada pendatang haram China.

Ia susulan tular beberapa keping foto yang mendakwa JPN memberikan MyKad kepada 5 warga China dan dakwaan seorang warganegara China mendapat kelulusan memiliki MyKad.

JPN mengesahkan laporan polis tersebut sudah dibuat pada jam 9.00 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Putrajaya.

“Selain daripada laporan polis, JPN akan mengambil langkah dan tindakan berdasarkan peraturan sedia ada.
“SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) ada buat penelitian sendiri supaya lihat balik pemilik akaun Facebook yang aktif sebarkan berita sedangkan kesahihannya belum ada.

“Sehingga lahirkan kebimbangan pada masyarakat,” kata Ketua Pengarah JPN Ruslin Jusoh dalam satu sidang media, hari ini.

Terdahulu, tular di Facebook mendakwa JPN memberikan MyKad kepada warganegara China yang membolehkan rakyat tanah besar itu memasuki dan menetap di negara ini secara sesuka hati.

Hantaran tersebut tular sehingga menyebabkan pengguna media sosial meluahkan rasa marah, kesal dan kecewa terhadap JPN dan kepimpinan baru Pakatan Harapan (PH).

Media dimaklumkan, kes pemberian 5 MyKad yang tular tersebut berlaku disebabkan penipuan sindiket dan tidak berkaitan dengan JPN.

Manakala, gambar dan hantaran mendakwa wanita warga China diberikan MyKad ialah isteri kepada warganegara Malaysia dan berkahwin selama hampir 20 tahun.

Wanita itu sudah diberikan warganegara pada 2017 selepas memiliki status Penduduk Tetap (PR) dengan kad pengenalan berwarna merah selama perkahwinannya bersama warga tempatan itu.

“Kes ini 2 tahun sebelum ini, (tapi) baru dimainkan di media sosial,” katanya.

Mengulas lanjut, Ruslin berkata pihaknya menyerahkan kes tersebut kepada siasatan pihak polis sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Tiada ulasan: