Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan menyiasat video yang memaparkan aksi lucah membabitkan anggotanya yang tular di media sosial sejak semalam.
Ketua Pengarah Kastam Datuk Paddy Abdul Halim berkata pihaknya ada menerima maklumat mengenai penyebaran video tersebut yang dipercayai dirakam tahun lepas.
“Pihak Kastam sedang menyiasat perkara tersebut.
Sejak
semalam, sebanyak sembilan klip video memaparkan aksi lucah seorang
pegawai yang berpakaian seragam sebuah agensi penguatkuasaan mula
tersebar menerusi aplikasi Whatsapp sebelum tular di laman sosial.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan