Pekerja bekerja pada 9 September perlu dibayar kadar gaji cuti umum
KUALA LUMPUR – Cuti umum sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 9 September adalah
antara lima cuti umum yang wajib diberikan kepada pekerja.
Kementerian
Sumber Manusia dalam kenyataan hari ini menyebut bahawa perkara itu ditetapkan
mengikut seksyen 60D(1)(a)(ii) Akta Kerja 1955 dan tidak boleh digantikan
kepada tarikh lain.
Kenyataan
itu dikeluarkan susulan timbul kekeliruan dalam kalangan masyarakat khususnya
majikan dan pekerja sektor swasta berkaitan cuti am sempena Hari Pertabalan
Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai lepas dan Hari Keputeraan Baginda
pada 9 September ini.
Kementerian
itu memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah mengisytiharkan 30 Julai
sebagai hari kelepasan am tambahan sempena majlis pertabalan Sultan Abdullah
sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, dan cuti itu diisytiharkan di bawah
seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan
Wilayah Persekutuan Labuan.
“Cuti
ini adalah cuti umum yang diperuntukkan kepada pekerja swasta menurut seksyen
60D (1)(b) Akta Kerja 1955. Berdasarkan peruntukan ini, majikan boleh
menggantikan cuti umum kepada pekerjanya. Dalam hubungan itu, majikan
dikehendaki memberitahu pekerjanya sama ada majikan memilih tarikh 30 Julai
2019 sebagai cuti umum atau menggantikan ke tarikh lain dalam tahun ini juga,”
katanya.
Menurut
kenyataan itu, sekiranya tiada penggantian dibuat, pekerja yang bekerja pada
tarikh itu hendaklah dibayar kadar gaji cuti umum.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan