MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK
HALAMAN SANTAI
Jumaat, 13 September 2019
‘Saranan Zuraida jual rumah mewah kepada pembeli China boleh makan diri’
MALAYSIAKINI
Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) memberi amaran bahawa
saranan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yang
mencadangkan kempen Pemilikan Rumah (HOC) untuk menarik pembeli dari
China bagi menyelesaikan isu lambakan rumah tak terjual di negara ini
mungkin mempunyai akibat yang tidak diingini.
Setiausaha Agung
Kehormat HBA Chang Kim Loong berkata pemaju yang gagal menjual hartanah
mewah mereka menanggung akibat tidak membina apa yang diperlukan oleh
pasaran di Malaysia.
Beliau berkata membantu pemaju memasarkannya
kepada pembeli China boleh menggalakkan mereka untuk meneruskan tingkah
laku tersebut.
Iklan
"Sebab
mengapa terdapat banyak hartanah mewah tidak terjual adalah disebabkan
pemaju perumahan di Malaysia tidak membina apa yang rakyat inginkan,
iaitu hartanah yang berpatutan (ditakrifkan sebagai kos di bawah
RM300,000).
"Pasaran kini menghukum para pemaju yang menghasilkan
sejumlah besar hartanah mewah yang tidak terjual, dan semoga ini akan
memaksa pemaju untuk membina lebih banyak hartanah yang berpatutan pada
masa depan.
"Bagaimanapun, jika kerajaan tiba-tiba mahu
mem,asarkan hartanah mewah yang tidak terjual ini kepada pembeli asing
dari China dan Hong Kong, ini hanya akan menggalakkan pemaju untuk terus
membina lebih banyak hartanah mewah pada masa akan datang dan bahkan
melupakan langsung untuk membina kediaman yang berpatutan sama sekali,"
katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Chang juga mempersoalkan
kesediaan kerajaan untuk membenarkan pembeli China membeli hartanah di
bawah skim "Malaysia Rumah Kedua Saya" dan memberi mereka status sebagai
pemastautin tetap seperti yang diiklankan oleh beberapa pemaju yang
tidak bertanggungjawab.
Katanya
kerajaan tidak seharusnya campur tangan apabila berkaitan dengan
hartanah mewah kerana segmen ini paling baik ditinggalkan kepada kuasa
pasaran kerana ia hanya melibatkan segmen kecil penduduk.
"Kerajaan
tidak boleh dilihat dengan cara apa sekalipun menyokong viabiliti
hartanah mewah yang tidak terjual ini kepada pembeli asing.
"Pemaju
perlu memberi tumpuan membina hartanah yang lebih berpatutan yang pada
masa ini mempunyai permintaan yang sangat tinggi," katanya.
Chang menambah bahawa stok harta tanah tidak terjual yang sedia ada sepatutnya diselesaikan oleh pemaju sendiri.
"Pemaju
seharusnya menurunkan harga jualan untuk mencerminkan keseimbangan baru
permintaan yang lebih rendah dan tidak melancarkan projek hartanah
mewah baru sehingga pasaran stabil.
"Adalah masuk akal jika produk
tidak boleh dijual pada harga RM1.2 juta, pastinya vendor akan
menjualnya pada kadar diskaun atau harga lebih rendahlagi sehingga
berjaya menjualnya,” katanya.
Semalam,
Zuraida berkata Kempen Pemilikan Rumah (HOC) mampu menyelesaikan isu
lambakan rumah mewah yang tidak terjual di negara ini.
Kempen itu
bagaimanapun katanya hanya terhad untuk rumah-rumah mewah tidak terjual
yang bernilai RM100 bilion mengikut harga pasaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan