HALAMAN SANTAI

Jumaat, 18 Oktober 2019

Pengiktirafan BBC penting buat komuniti transgender - Nisha Ayub

MALAYSIAKINI




Aktivis transgender Nisha Ayub enggan melayan kecaman sesetengah pihak setelah dinobat sebagai kalangan 100 wanita paling berpengaruh dan memberikan inspirasi oleh BBC.

Nisha menyifatkan penyenaraiannya dalam senarai tahunan itu sebagai pengiktirafan penting terhadap kewujudan komuniti transgender, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

“Saya sangat terharu dan sangat berterima kasih, satu rangkaian antarabangsa sanggup mengiktiraf seorang transgender dari Asia macam saya untuk diberikan pengiktirafan sebegitu.

“Saya sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada BBC World kerana memilih saya sebagai salah seorang daripada 100 wanita hebat dalam senarai itu.

“Pengiktirafan ini bukan sahaja untuk saya, tapi juga untuk komuniti transgender di luar sana, sebab ini adalah mengenai visibility (kewujuduan komuniti itu di ruang awam) - yang amat penting untuk kerja-kerja advokasi, sekaligus memberikan satu platform untuk lebih kesedaran,” katanya di siaran langsung di Facebooknya semalam.

Kata Nisha, dia tak mahu melayan kecaman yang dilontarkan oleh mereka yang membencinya, yang antara lain mempersoalkan pemilihannya dalam senarai tersebut memandangkan dia bukanlah seorang wanita sebenar.

“Bagi mereka, haters di luar sana, kamu nak cakap apa pun cakaplah, sebab kita dah terlalu imun ya. Kulit kita dah tebal dah.

“Bagi saya, ini bukan tentang apa kamu fikir tentang saya, tapi ia tentang sama ada saya telah membuat anda rasa tergugat (shaken your boats).

“Kepada haters di luar sana, teruslah membenci... sebab semakin kamu membenci, semakin saya akan tampil,” katanya lagi.

Senarai 100 wanita BBC untuk 2019 menyatakan perjuangan terbuka Nisha dalam hak golongan transgender di Malaysia merupakan faktor dia dipilih dalam senarai itu.

Nisha merupakan satu-satunya warganegara Malaysia dalam senarai tersebut.

Antara wanita lain dalam senarai tahun ini termasuklah aktivis iklim dari Sweden Greta Thunberg, saintis dari AS Katie Bouman atas sumbangannya dalam algoritma yang digunakan untuk menghasilkan imej pertama lohong hitam, serta sami wanita pertama Thailand, Dhammananda Bhikkhuni.


Tiada ulasan: