PRK TG PIAI | Pengerusi
Perhubungan Umno Johor Hasni Mohammad dibidas kerana mengulas usia calon
Bersatu yang baru diumumkan bagi PRK Tanjung Piau.
"Allah waataalah yang menentukan hayat usia kita, (Hasni) jangan cakap begitu.
"Orang pun boleh meninggal dunia dalam usia yang muda," katanya yang juga Adun Tenang dalam suatu kenyataan hari ini.
Terdahulu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengumumkan pemilihan ketua bahagian parti itu di Tanjung Piai, Karmaine Sardini, 66 sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya kecil (PRK) parlimen berkenaan.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, Karmaine bertanding di kerusi parlimen Pontian, tetapi tewas kepada calon BN, Ahmad Maslan dengan hanya majoriti 833 undi.
Pengerusi Umno Johor ketika berucap pada majlis pelancaran jentera BN untuk pilihan raya kecil itu hari ini mengulas mengenai usia Marmaine.
"Calon mereka saya kira 66 tahun, tahun depan 67 tahun saya harap kita tiada PRK lagi. Penat PRK ni," katanya.
Sementara
itu, Exco Pemuda Bersatu (Armada) Mohd Fahim Mohd Farid menyifatkan
kenyataan Hasni sebagai "biadab dan tidak boleh diterima."
Memberi
contoh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang rajin bekerja "kalah
orang muda" walaupun sudah berusia 94 tahun, Mohd Fahim berkata hal yang
paling penting terletak pada semangat untuk berkhidmat kepada rakyat
dan bukan umur seseorang.
Hari ini, BN mengadakan majlis pelancaran jentera pilihan raya bagi PRK yang bakal berlangsung.
Bagaimanapun, Presiden Umno Ahmad Zahidi ketika berucap berkata BN tidak akan mengumumkan calon mereka pada hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 November ini sebagai hari penamaan calon dan 16 November sebagai hari mengundi bagi pilihan raya kecil parlimen itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan