KUALA LUMPUR: Presiden Parti
Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pelan
peralihan kuasa Perdana Menteri akan berlaku walaupun ada yang
‘bermimpi’ untuk jawatan berkenaan.
Dalam wawancara bersama media Turki, TRT World, Anwar menegaskan, tidak menjadi kesalahan untuk individu lain berhajat untuk jawatan tersebut namun pelan peralihan melibatkan dirinya sebagai pengganti Tun Dr Mahathir Mohamad telah dipersetujui Pakatan Harapan (PH) sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lagi.
“Bukan satu kesalahan sekiranya ada sesiapa sahaja yang berhajat untuk
menjadi Perdana Menteri. Bagaimanapun dia perlu mendapat sokongan
majoriti. Setakat mesyuarat minggu lalu, tiada lagi nama lain yang
disebut.
“Boleh bermimpi atau berhajat tetapi itu tidak bermakna kamu boleh menggoyahkan peralihan kuasa tersebut. Tiada cubaan atau usaha seumpama itu,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan bahawa Menteri Hal Ehwal
Ekonomi yang juga timbalannya dalam PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
juga berhajat hendak menjadi Perdana Menteri.
Anwar juga menegaskan, tidak timbul rasa curiga terhadap Dr Mahathir untuk melaksanakan proses peralihan kuasa.
Dalam pada itu Anwar berkata, beliau menegaskan komitmennya untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948 apabila dipilih sebagai Perdana Menteri.
Anwar bagaimanapun menjelaskan beliau mungkin berdepan dengan cabaran walaupun komitmen tersebut dizahirkan dalam manifesto PH sebelum PRU ke-14 lalu.
“(Tapi) kita ada masalah dari segi naratif, ada kebimbangan di kalangan orang Melayu yang ini akan membuka ruang untuk orang menganiayai kedudukan Melayu, bahasa (Melayu) atau raja. Saya tak percaya (naratif ini), sebab kita ada cukup undang-undang untuk menangani fitnah dan hasutan.
“Jadi tak perlu diambil langkah-langkah zalim terhadap orang yang nak menyuarakan pandangan mereka,” katanya.
Dalam wawancara bersama media Turki, TRT World, Anwar menegaskan, tidak menjadi kesalahan untuk individu lain berhajat untuk jawatan tersebut namun pelan peralihan melibatkan dirinya sebagai pengganti Tun Dr Mahathir Mohamad telah dipersetujui Pakatan Harapan (PH) sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lagi.
“Boleh bermimpi atau berhajat tetapi itu tidak bermakna kamu boleh menggoyahkan peralihan kuasa tersebut. Tiada cubaan atau usaha seumpama itu,” katanya.
Anwar juga menegaskan, tidak timbul rasa curiga terhadap Dr Mahathir untuk melaksanakan proses peralihan kuasa.
Dalam pada itu Anwar berkata, beliau menegaskan komitmennya untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948 apabila dipilih sebagai Perdana Menteri.
Anwar bagaimanapun menjelaskan beliau mungkin berdepan dengan cabaran walaupun komitmen tersebut dizahirkan dalam manifesto PH sebelum PRU ke-14 lalu.
“(Tapi) kita ada masalah dari segi naratif, ada kebimbangan di kalangan orang Melayu yang ini akan membuka ruang untuk orang menganiayai kedudukan Melayu, bahasa (Melayu) atau raja. Saya tak percaya (naratif ini), sebab kita ada cukup undang-undang untuk menangani fitnah dan hasutan.
“Jadi tak perlu diambil langkah-langkah zalim terhadap orang yang nak menyuarakan pandangan mereka,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan