HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 Oktober 2019

Konon daif, tapi Dong Zong kumpul RM14 juta satu malam

ainulillia

 

197,021 tandatangan petisyen desak haramkan pertubuhan rasis

BANGI – Persekutuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah-Sekolah Cina (Dong Zong) difahamkan telah berjaya mengumpul dana lebih RM14 juta pada satu majlis makan malam, semalam.

Berdasarkan laman Facebook Dong Zong, dana itu dianugerahkan untuk pembinaan sebuah kompleks pendidikan pelbagai guna. 

“Hingga jam 9 malam, sejumlah RM14,195,695.00 berjaya dikumpulkan. Dong Zong berterima kasih kepada semua penderma atas sokongan kewangan mereka terhadap pendidikan Cina,” katanya.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada sesi pembentangan Belanjawan 2020, 11 Oktober lalu mengumumkan bahawa Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) mendapat peruntukan sebanyak RM15 juta.

Pada tahun lalu, Belanjawan 2019 memperuntukkan sebanyak RM 12 juta kepada SMPC. Ia bermakna peruntukan kepada SMPC meningkat sebanyak RM3 juta.

Terdapat 60 buah SMPC yang dikelola oleh Pertubuhan Dong Zong di seluruh Malaysia, menjadikan setiap sekolah persendirian Cina mendapat peruntukan RM250,000 secara puratanya, jika dibahagikan secara sama rata.

Sehubungan itu, Gerakan Pengundi Sedar (GPS) mempersoal peruntukan kerajaan untuk Dong Zong seolah-olah mereka adalah sebuah institusi yang tidak berkemampuan.

“Kerajaan baru-baru ini mengumumkan peruntukan untuk sekolah swasta cina milik Dong Zong kononnya mereka ini daif dan tidak berkemampuan.

“Walhal mereka mampu kumpul sumbangan RM14 juta hanya pada satu malam sahaja,” katanya.

Dalam perkembangan lain, petisyen dalam talian bagi mendesak kerajaan mengharamkan Dong Zong telah mendapatkan sebanyak 197,021 tandatangan.

Petisyen itu dilancarkan berikutan Dong Zong antara paling awal menentang seni khat dan tulisan jawi di sekolah kerajaan membabitkan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC/SJKT) untuk pelajar tahun empat.

Malah, mereka turut mahu menggerakkan kempen mengumpul tandatangan bagi membantah pembelajaran tulisan jawi di sekolah vernakular.

GPS berkata, banyak lagi tindakan ekstrem persatuan Cina itu dalam memaksa kehendak mereka kepada rakyat Malaysia.

Orang ramai yang mahu memberikan sokongan terhadap petisyen tersebut boleh menandatanganinya di pautan www.change.org (http://bit.ly/HaramkanDongZong).


Tiada ulasan: