HALAMAN SANTAI

Selasa, 29 Oktober 2019

Gombak, KL alami gangguan bekalan air

BERNAMA
 
 

SEJUMLAH 120 kawasan di Gombak dan 57 kawasan di Kuala Lumpur membabitkan 119,630 akaun pelanggan berdaftar Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), akan mengalami gangguan bekalan air selama 23 jam, Khamis ini.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Air Selangor Abdul Raof Ahmad berkata, ia berikutan pelaksanaan kerja kecemasan penggantian injap sluis di kawasan Kolam Air Kepong Estate yang mengalami kebocoran.

“Sehubungan itu, Air Selangor mengeluarkan notis makluman ini agar pelanggan dapat membuat persediaan menghadapi gangguan bekalan air sementara untuk tempoh 23 jam.

“Kerja penggantian injap akan bermula 9 malam, Khamis (31 Okt),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bekalan akan dibuka sejurus kerja pembaikan siap dan disasarkan pulih sepenuhnya pada 8 malam, Jumaat (1 Nov).

Menurut Abdul Raof, penggantian injap itu adalah kritikal dan perlu dilaksana segera.

Pelanggan terbabit dinasihatkan menyimpan bekalan air bagi kegunaan sepanjang tempoh gangguan dan Air Selangor akan menggerakkan lori tangki air bantuan dengan keutamaan kepada pelanggan dan premis kritikal serta kecemasan.

Pelanggan boleh menghantar pesanan bagi kes kecemasan dan kritikal melalui aplikasi WhatsApp ke 019-281 6793 atau 019-280 0919.

Pusat Perhubungan Pelanggan Air Selangor boleh dihubungi di talian 15300 dan maklumat serta status terkini boleh didapati di laman sesawang www.airselangor.com

Tiada ulasan: