Ketika timbul kebimbangan mengenai sentimen akar umbi Umno Tanjung Piai terhadap calon BN, Wee Jeck Seng dari MCA, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata sentimen itu semakin berkurang dan jentera BN bersatu di belakang calon mereka.
"Ada sentimen dia yang kuat supaya calon Umno mewakili BN tetapi hakikat yang diterima oleh mereka ialah semangat kemuafakatan di kalangan parti-parti komponen BN haruslah diberikan keutamaan.
"Atas rasa kebersamaan itulah maka semua jentera BN dari semua parti telah bergerak ke satu arah iaitu memberikan sokongan sepenuhnya kpd Wee," kata Ahmad Zahid kepada wartawan di Parlimen hari ini.
Ditanya kemungkinan sabotaj dari akar umbi Umno terhadap calon MCA, Ahmad Zahid berkata:
"Biarpun sentimen itu cukup kuat di peringkat permulaan, ia telah cukup reda sekarang ini dan mereka akan memenangkan calon MCA yg mewakili BN dan tidak timbul masalah bangsa dan kaum dalam perkara ini".
Kerusi berkenaan dilihat sebagai kerusi tradisi MCA, namun Umno sebelum ini dilihat turut melobi untuk meletakkan calon di kerusi itu.
Umno Tanjung Piai pada mulanya menamakan ketua bahagiannya, Jefridin Atan sebagai calon mereka.
Bagaimanapun, BN mengumumkan malam tadi bahawa Wee akan bertanding dalam PRK itu, melawan calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini.
PRK itu tercetus susulan kematian Farid. Hari penamaan calon ialah 2 Nov manakala hari mengundi pada 16 Nov.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan