Hasrat kumpulan pembangkang yang sentiasa menjaga ‘tepi kain orang lain’ hancur berkecai apabila Tun Mahathir ‘menjatuhkan hukuman’ dengan menyatakan, ‘“…The one that will determine (me as prime minister) is the Harapan Presidential Council. We (Harapan's presidential council) will decide’ sebagai mengulas berbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh berbagai pihak yang mahukan beliau melanjutkan tempoh perkhidmatanya sebagai Perdana Menteri sehingga menjelang pilihanraya ke 15.
Tentulah ramai yang terkedu dengan kenyataan sedemikian terutamanya ‘tokoh-tokoh’ yang sentiasa ‘berjuang’ untuk meneruskan perkhidmatan Tun mahathir sebagai Perdana Menteri agar mereka dapat ‘menumpang’ tuah yang dilimpahkan.
Kini dengan kenyataan sedemikian telah menghancur-punahkan harapan golongan ‘cari makan’ daripada keadaan sedemikian.
Tentulah anih keadaan apabila diperhatikan sebelum ini ada ‘tokoh-tokoh’ tertentu yang tidak semena-mena mengeluarkan kenyataan agar perkhidmatan Tun Mahathir terus dilanjutkan sehingga tamat. Sedangkan mereka tahu bahawa peralihan kuasa kepada DS Anwar Ibrahim itu mereka tahu.
Dan yang peliknya ‘tokoh’ berkenaan bukannya pemimpin rakyat atau pun ahli parlimen ataupun tokoh NGO yang dihormati tetapi dengan cara dan lagaknya mengeluarkan kenyataan sebagai seorang tokoh yang berkeliber yang terang-terang mahu menyekat DS Anwar Ibrahim menggantikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri ke Lapan.
Kini dengan kenyataan yang dihamburkan oleh PM, akan dapat melenyapkan segala tohmahan-tohmahan yang mungkin ‘menyesatkan’ setengah anggota masyarakat di Malaysia.
Yang tambah pelik dan ajaibnya ialah tentang kemunculan golongan pembangkang (ahli UMNO dan PAS) yang begitu gah dan megah menyatakan sokongan kepada Tun Mahathir agar meneruskan perkhidmatan sebagai Perdana Menteri sehingga selesai. Persoalannya ialah apakah ahli parlimen sedemikian tidak tahu dan tidak faham prosedur lantikan seorang Perdana Menteri sehinggakan seolah-olah mereka menentukan pelantikan sedemikian.
Apakah sebagai golongan pembangkang mereka tidak tahu ‘limitations’ yang mereka ada. Dan tidakkah golongan ini sedar dan peka bahawa mereka adalah golongan pembangkang dan tidak langsung ada kena mengena dengan lantikan dalam kerajaan yang diperintah oleh Pakatan Harapan.
Apakah bisa yang ada pada mereka untuk menentukan sebarang lantikan dalam kepimpinan Pakatan Harapan. Tidak ada. Tidak relevan langsung.
Mengulas lanjut tentang isu begini ialah DS Anwar Ibrahim yang dipetik dari akhbar ‘The Star’. Anwar also dismissed as “irrelevant” the Opposition support for Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad to serve a full term, saying that leadership transition matters should be decided by the Pakatan Harapan presidential council’.
Kenyataan DS Anwar Ibrahim dan TS Muhyiddin Yassin adalah selari dan apatah lagi diperkukuhkan oleh kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Mahathir sendiri.
Hendaknya tentulah tidak timbul lagi ‘cakap-cakap’ yang berupa hasut menghasut dan mengadu-domba yang semata-mata untuk mengelirukan rakyat dan memecahkan perpaduan dalam Pakatan Harapan yang sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk memulihkan keadaan dalam negara ekoran dari ‘bencana’ yang ditinggalkan oleh kepeimpinan kerjaan Barisan Nasional yang terdahulu.
Kenyataan Tun Mahathir ini tepat dan sesuai dengan masa ketika negara sedang bersedia mengahadapi pilihanraya di Teluk Piai. Pembangkang pastinya terkedu dan terdiam dengan isu peralihan kuasa Tun Mahathir- DS Anwar Ibrahim.
Mungkin pihak pembangkang khususnya PAS dan UMNO sudah amat bersedia ‘mengasah’ hujjah untuk ‘menyembelih’ Pakatan Harapan dengan isu peralihan kuasa.
Kini mulut mereka telah tertutup dan rakyat pastinya amat memahami dan akan terus menyokong Pakatan Harapan dalam pilihanraya itu nanti.
Para pemimpin tertinggi UMNO dan PAS eloklah tidak usah menjaga ‘tepi kain orang lain’ dengan isu yang kadang tidak langsung ada kena mengena dengan parti pimpinan mereka. Jagalah ‘persahabatan’ yang telah terbina itu dan elakkan daripada ‘pisang berbuah dua kali’. Keadaan perpecahan ini pernah berlaku pada tahun 1977
. Majalah ‘ASIAWEEK’ bertarikh November 18, 1977 menyatakan, “ The Barisan Nasional. an 11-party alliance that governs Malaysia at both federal and state levels, is facing its biggest crisis since its formation nearly five years ago. This week, the withdrawal of the country’s second biggest Malay party, the P.M.I.P (PAS) became all but inevitable when five of its six office-holders in the Federal Government quit their post. They resigned because of a decision to impose federal rule on Kelantan, which the P.M.I.P (PAS) has run since 1959”.
Para penyokong UMNO dan PAS seharusnya faham dan mengenang kembali peristiwa berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan