HALAMAN SANTAI

Selasa, 22 Oktober 2019

Bahagian utama afidavit Hamid Sultan diarah dikeluarkan


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan beberapa bahagian utama afidavit hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer untuk dikeluarkan.

Afidavit itu berhubung dakwaan tentang salah laku dalam institusi kehakiman yang digunakan dalam saman peguam Sangeet Kaur Deo terhadap ketua hakim negara.

Hakim Mohd Firuz Jaffril membenarkan permohonan yang dibuat oleh Jabatan Peguam Negara, yang bertindak bagi pihak responden, iaitu ketua hakim negara semasa prosiding terbuka petang ini.

Perintah untuk mengeluarkan bahagian berkenaan dibuat semasa prosiding yang sama hari ini, yang menyaksikan hakim kemudian mengenepikan tuntutan Sangeet.

Firuz memutuskan bahawa 144 perenggan dari 152 perenggan afidavit Hamid Sultan yang diarahkan untuk dikeluarkan adalah khabar angin, tidak relevan dengan saman Sangeet, dan/atau bersifat skandal.

Dalam membenarkan permohonan peguam negara, hakim, dalam salinan draf penghakiman hari ini, memberi tumpuan kepada ayat-ayat afidavit Hamid Sultan yang dibantah Sangeet untuk dikeluarkan, iaitu antara lain perenggan 5, 7 hingga 8, 10 hingga 20, 23 hingga 40, 42 hingga 49, 52 hingga 102, dan 105 hingga 151.

"Berdasarkan premis di atas, permohonan responden untuk mengosongkan peruntukan yang dinyatakan dalam Lampiran A (Senarai perenggan yang hendak dimansuhkan) Notis Permohonan (untuk menghapuskan perenggan) bertarikh 7 Mac 2019, dibenarkan dengan sewajarnya," kata Firuz.

Sebilangan besar perenggan yang dikeluarkan dirujuk tanpa menamakan hakim-hakim yang terdahulu dan semera, dari keterangan Hamid Sultan tentang mereka, termasuk kes berkaitan dan jawatan yang dipegang mereka.

Bagaimanapun, pembaca masih boleh mengenal pasti hakim yang dimaksudkan.

Perenggan 7 menyentuh dakwaan Hamid Sultan bahawa dia mendapat tahu tentang salah laku kehakiman melalui dua peristiwa, satu yang berlaku sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), dan yang kedua PRU.

Perenggan 10 menyentuh dakwaan Hamid Sultan mengenai hubungan politik antara ahli politik dan badan kehakiman yang boleh mempengaruhi keputusan mahkamah semasa pentadbiran BN.

Ayat 17 pula menyentuh kenaikan pangkat hakim-hakim tertentu berikutan keputusan dalam kes mahkamah yang ditangani mereka pada tahun 1980-an.

Perenggan 39 merujuk kepada tuduhan Sultan Hamid terhadap salah laku perundangan yang lalu dan masih sedang berterusan.

Perenggan 48 merujuk kepada dakwaan hakim Mahkamah Rayuan mengenai penggunaan Akta Hasutan.

Perenggan 59 merujuk kepada tuntutannya berhubung cadangan untuk melanjutkan umur persaraan bagi hakim kepada 70 tahun.

Perenggan 69 merujuk kepada dakwaan Hamid Sultan berhubung dengan keputusan mahkamah yang dikaitkan dengan kes-kes yang melibatkan pembangkang pada masa itu.

Perenggan 91 merujuk kepada tuduhan Hamid Sultan berhubung penghakimannya dalam kes pertikaian antara agama antara M Indira Gandhi dengan suaminya yang beragama Islam, Muhammad Riduan Abdullah.

Ketua Hakim Negara, melalui Pejabat Peguam Negara, telah memfailkan permohonan pengguguran kes itu pada 7 Mac.

Hadir pada prosiding hari ini ialah peguam kanan persekutuan S Narkunavathy, yang mewakili ketua hakim negara, dan peguam Joy Appukuttan, yang menjadi pemerhati untuk Hamid Sultan.

Pada 2 Oktober, Sangeet mempertikaikan alasan kerajaan tidak mengambil tindakan berhubung tuduhan salah laku kehakiman yang dibangkitkan oleh Hamid Sultan.

Dalam dakwaan yang mengejutkan yang terkandung dalam afidavitnya yang difailkan pada 14 Feb tahun ini, Hamid Sultan mendakwa bahawa individu tertentu dalam badan kehakiman telah menolong pihak swasta untuk menipu kerajaan.

Dia mendakwa bahawa perbuatan penipuan dilakukan melalui ahli politik yang mempunyai kontrak dengan kerajaan.

Pada bulan Februari, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengarahkan supaya suruhajaya sisatan diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan berkenaan.

Bekas ketua menteri Sabah, Yong Teck Lee memfailkan saman untuk menghentikan RCI itu, tetapi ditolak mahkamah pada 24 Julai.

Menteri undang-undang, Liew Vui Keong berkata, kerajaan akan memutuskan RCI selepas tarikh akhir rayuan Yong selama 30 hari.

Pada 14 Jan, Sangeet memfailkan samannya terhadap ketua hakim negara menuntut pengisytiharan bahawa ketua hakim negara gagal melindungi dan mempertahankan integriti badan kehakiman dalam kes melibatkan mendiang ayahnya, Karpal Singh.

Tiada ulasan: