MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK
HALAMAN SANTAI
Isnin, 21 Oktober 2019
Ramasamy pertahan kenyataan mengenai LTTE, polis
S. Savita Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy di luar ibu pejabat polis Bukit Aman hari ini
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy hari
ini mempertahankan kenyataan beliau dalam dua artikel terbaru yang
mempersoalkan polis dan menjelaskan dakwaan hubungannya dengan kumpulan
pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) semasa disoal siasat
selama tiga jam di ibu pejabat polis di Bukit Aman di sini.
Ramasamy memberitahu pemberita bahawa beliau juga ditunjukkan dua klip video melibatkan dirinya.
“Mereka (polis) tunjukkan klip video itu dan beritahu saya terdapat
beratus-ratus laporan polis yang dibuat terhadapnya,” kata beliau.
Ramasamy disoal siasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana intimidasi jenayah dan dakwaan lain berkait keganasan.
Beliau tiba di Bukit Aman kira-kira jam 10 pagi diiringi peguamnya dan bekas presien Majlis Peguam Malaysia Ragunath Kesavan.
Dalam artikel pertama bertajuk “New government but same ld police
force”, Ramasamy mempersoalkan tindakan polis menembak mati tiga lelaki
di Batu Arang, Selangor, bulan lepas.
Dalam artikel kedua bertajuk “Who am I, peacemaker or terrorist?”
pula, Ramasamy menjelaskan dakwaan hubungannya dengan LTTE dan peranan
beliau sebagai suara pendamai.
Ramasamy sendiri membuat laporan polis terhadap pihak-pihak yang
bertanggungjawab menyebarkan salah satu video berkenaan yang menyaksikan
beliau berucap di Chennai, India.
Katanya, ia dibuat bagi memburukkan diri beliau.
“Wujud percubaan untuk menutup mulut pihak yang mengkritik Dr Zakir
Naik dan saya telah memfailkan writ saman di mahkamah. Mereka kini mahu
memohon injunksi,” katanya.
Ramasamy berkata, beliau tidak mempunyai apa-apa masalah peribadi
berhubung penceramah kontroversi itu, tetapi percaya percubaan Zakir
untuk menimbulkan “pecah keamanan awam” harus dihentikan.
“Jangan hina orang bukan Islam. Jangan api-apikan isu perkauman dan jangan persoalkan kesetiaan kami kepada negara,” katanya.
“Isu ini (LTTE) tidak wujud sebelum ketibaan Zakir Naik di Malaysia.”
Katanya, beliau akan terus menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.
“Saya lahir di sini, belajar di sini, kahwin di sini dan akan mati di sini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan