HALAMAN SANTAI

Khamis, 31 Oktober 2019

MP Parit bersajak tanya soalan di Dewan Rakyat


PARLIMEN | Jika sesetengah anggota parlimen gemar berpantun ketika menyatakan pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) pula hari ini mengambil pendekatan berbeza soalannya diajukan dengan bersajak.

“Saya nak tujukan khas kepada pesara dan juga anggota kita yang bertugas,” katanya.

Nizar mengemukakan soalan kepada Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mengenai tindakan kementerian terhadap individu yang menghina tugas tentera serta usaha bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai pengorbanan anggota keselamatan itu.

“Oh, tentera, jasamu dikenang,
budimu tak terbilang, semangatmu dijulang.
Keperwiraanmu sentiasa gemilang.
Jasa perajurit memang tidak dilupakan.
Jasamu mewangi hingga ke mati.
Siap siaga demi agama dan negara dipertahankan. 
Kaulah perwira rakyat dan negara sejati."

“Soalan saya nombor dua,” kata Nizar disambut tepukan meja dan tawa oleh perwakilan yang hadir.

Ketika membacakan sajak itu pun, sudah terdengar beberapa wakil rakyat ketawa melihat gelagat Mohd Nizar, malah ada yang didengar berkata: “Ini lain macam ni.”

Sebelum menjawab soalan itu, Mohamad Sabu sempat menzahirkan penghargaan terhadap sajak Mohd Nizar.

“Saya ambil sajak itu sebagai sebahagian daripada ucapan saya juga,” katanya disambut tawa wakil rakyat di dalam dewan.

Dalam jawapannya, Mohamad berkata kementeriannya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memandang serius atas penghinaan terhadap tentera dan beliau sendiri telah membuat penegasan rasmi untuk mengutuk perbuatan tersebut di samping memberikan amaran.

Hal itu disampaikan dalam ucapan rasminya ketika perhimpunan-perhimpunan yang dihadirinya termasuklah ketika Sambutan Bulan Kemerdekaan Ogos lalu.

Sementara bagi meningkatkan kesedaran, kementeriannya dan ATM memaksimumkan platform untuk menaikkan imej ATM, termasuklah melalui program-program televisyen

Tiada ulasan: