PAS akan menyiasat dakwaan berhubung pemberhentian seorang
murid prasekolah Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di Selangor ekoran
bapanya didakwa mengecam pimpinan parti itu.
“Perkara ini dalam siasatan kerana kita mahu dengar daripada kedua-dua belah pihak.
"Pada ketika ini kita hanya dengar daripada satu pihak sahaja. Kita tengah buat siasatan dan saya sudah arahkan Pasti Selangor dapatkan maklumat lanjut.
Mukhtar berkata, Pasti ini adalah pra-sekolah milik PAS, tetapi ia terbuka untuk semua.
Pasti adalah pusat pendidikan prasekolah yang dikendalikan Pemuda PAS Pusat.
Sementara
itu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata secara
prinsipnya pusat asuhan berkenaan menerima pelajar daripada pelbagai
latar belakang, termasuk pelajar bukan Islam.
"Saya yakin fakta itu tidak betul, mungkin ada sebab lain,” katanya ketika ditemui portal itu di parlimen semalam.
Sebelum ini, tular di media sosial sepucuk surat membabitkan Pasti An Najah yang beroperasi di Tanjung Karang, Selangor kerana bertindak memberhentikan pelajarnya berkuat kuasa serta-merta.
Menerusi surat bertarikh 13 Okt yang ditandatangani Ketua Guru Pasti An Najah Jamiah Mustamar menyatakan, pihaknya kesal dengan tindakan seorang bapa pelajar mengecam PAS, ulama PAS dan pengurusan Pasti.
“Dukacita dimaklumkan bahawa kami pengurusan Pasti An Najah mengambil keputusan muktamad untuk memberhentikan anak tuan dari Pasti An Najah dengan serta-merta.
“Pihak kami amat kesal atas kecaman demi kecaman tuan lakukan ke atas parti PAS, ulama dan pengurusan Pasti kami sendiri,” katanya seperti dinyatakan dalam surat berkenaan.
Sementara itu, Pengerusi Pasti Kawasan Tanjung Karang, Hafizuddin Amin ketika dihubungi enggan mengulas lanjut isu berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan