Kerajaan yakin penduduk Kampung Baru akan bersetuju dengan
tawaran baru yang diberikan untuk membeli tanah bagi pembangunan semula
di kawasan itu.
“Saya cukup yakin bahawa oleh kerana ianya satu tawaran yang baik dan adil, orang Kampung Baru akan mahu duduk berbincang dan mencapai satu persetujuan. Saya yakin orang Kampung Baru boleh melakukannya.
“Tawaran ini juga akan menghasilkan beribu jutawan Melayu yang boleh membawa penambahan hak milik Melayu di Kuala Lumpur yang mana sekarang ini jumlahnya mungkin tidak ramai, tetapi apabila kita bangunkan, dan semuanya untuk orang Melayu maka lagi ramai lah orang Melayu memiliki tanah di Kuala Lumpur. Ini tujuan kita,” katanya.
Khalid pada Khamis mengumumkan kerajaan menawarkan RM1,000 bagi setiap kaki persegi, yang mana RM850 akan dibayar berdasarkan pilihan bentuk pulangan yang dipilih pemilik manakala baki RM150 pulangannya adalah dalam bentuk pegangan saham ke atas Syarikat Tujuan Khas (SPV).
Sebelum itu, pada 21 Sept lepas, Khalid mengumumkan kerajaan menawarkan RM850 bagi setiap kaki persegi bagi pengambilan tanah tersebut, namun sebahagian besar penduduk berpendapat tawaran harga itu tidak setimpal memandangkan lokasi strategik penempatan itu dan meminta kerajaan mengkajinya semula.
“Kita hendak tentukan ianya (WTP) digunakan dengan baik dan bukan kepentingan politik mereka,” katanya.
Katanya pembayaran WTP itu juga membuktikan kerajaan PH menunaikan janji dan membuat sesuatu keputusan mengikut peraturan serta undang-undang.
Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebelum ini mengesahkan kerajaan Terengganu telah menerima sebanyak RM1.277 bilion WTP sejak Jan hingga September lepas.
Ahmad Samsuri berkata RM1.277 bilion itu adalah jumlah selepas Kementerian Kewangan memotong hutang kerajaan negeri 25 peratus, bersamaan dengan RM129 juta.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan