HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 Oktober 2019

Bilangan mangsa banjir di 5 negeri terus meningkat

 

Bilangan mangsa banjir di Johor, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor meningkat kepada 1,974 orang daripada 559 keluarga setakat pukul 12 tengah hari tadi, berbanding 1,676 orang daripada 466 keluarga pada pukul 8 pagi.

Menurut laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), di Johor, lapan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di lima daerah iaitu di Batu Pahat, Johor Bahru, Kulaijaya, Kluang dan Pontian melibatkan seramai 595 mangsa daripada 142 keluarga.

Di Perak, bilangan mangsa banjir turut meningkat kepada 410 orang daripada 101 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS di Hilir Perak dan masing-masing satu di Batang Padang dan Kerian.

Bilangan mangsa banjir di Kedah juga meningkat kepada 61 orang daripada 39 keluarga yang ditempatkan di dua PPS di Kulim dan Pendang.

Dalam pada itu, jumlah mangsa banjir di Kuala Selangor, Selangor dan Seberang Perai, Pulau Pinang masing-masing kekal 784 orang daripada 245 keluarga dan 124 orang daripada 32 keluarga.

Nadma turut melaporkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di barat daya dan timur laut Pulau Pinang sehingga pukul 3 petang ini.- Bernama


Tiada ulasan: