HALAMAN SANTAI

Sabtu, 19 Oktober 2019

Jika benar, Hishammuddin hanya mahu melihat Melayu bersatu – Zahid

Nizam Zain
MGF19102019_KONVENSYEN-UMNO-SELANGOR23
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diiringi Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Presiden UMNO Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan bersama perwakilan-perwakilan bergambar kenangan pada Konvensyen UMNO Negeri Selangor 2019 di Bangunan UMNO Selangor, Shah Alam, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM
 

SHAH ALAM – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan tindakan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang didakwa mahu menubuhkan kerajaan baharu tanpa DAP dan Amanah hanya satu tuduhan  tidak berasas.

Sebaliknya beliau berkata, hasrat Hishammuddin itu sekiranya  benar pun hanya semata-mata mahu melihat parti politik Islam dan Melayu di negara ini bersatu.

“Saya fikir itu hanya satu perkara yang dituduh oleh Datuk Seri Hishammuddin dan beliau tidak begitu, beliau ikhlas untuk melihat bahawa UMNO terus bersatu padu.

“Tentunya semua pihak harus berusaha untuk menggamit kebersamaan parti-parti Islam dan Melayu untuk bekerjasama atas dasar ukhwah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen UMNO Selangor hari ini.

Beliau mengulas dakwaan pihak tertentu bahawa Hishammuddin menjadi dalang menggerakkan kewujudan kerajaan baharu tanpa DAP dan Amanah.

Hishammuddin sebelum ini juga menepis dakwaan tersebut sambil menyifatkannya sebagai tidak masuk akal.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid juga menegaskan beliau akan menyokong hasrat Hishammuddin untuk melihat UMNO kembali bersatu di samping penyertaan parti politik Islam dan Melayu lain.

“Saya mendorong apa yang diusahakan oleh Datuk Seri Hishammuddin dan kita harus bersama-sama untuk menterjemahkan pelaksanaannya,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: